BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

5/28/2010

OBJEKTIF KELAB ICT

1. Mengumpul maklumat, menyimpan dan mengedar maklumat melalui komputer.
2. Membina bahan-bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan taraf pengajaran, pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik melalui komputer.
4. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Menggalakkan tabiat belajar sendiri dan tabiat ingin tahu di kalangan pelajar melalui penggunaan komputer dan internet.
6. Melatih pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja serta menggunakan alat-alat komputer.
7. Melatih para pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
8. Menanam sifat sabar pelajar supaya tidak putus asa apabila menghadapi dugaan dan cabaran seperti kesilapan atau kegagalan menghasilkan program komputer.
9. Menggalakkan guru-guru dan pelajar gemar membuat rujukan bahan bacaan atau berbincang sesama mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains komputer dan teknologi alat-alat atau pemprosesan yang boleh meningkatkan keilmuan pelajar dalam bidang komputer.
10. Mendedahkan guru-guru dan pelajar tentang kemahiran menggunakan alat-alat tertentu dalam komputer.
11. Mendedahkan guru-guru dan pelajari ilmu penyelenggaraan komputer agar mereka dapat dibaikpulih sendiri tanpa menghabiskan masa dan wang untuk di hantar ke kedai komputer.

0 comments: