BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

5/28/2010

PENGENALAN

Penubuhan Kelab ICT Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong bertujuan untuk menambahkan kegiatan di dalam bidang pendidikan yang dijalankan di sekolah. Kelab ini bertujuan untuk memberi pengukuhan dan pengayaan pembelajaran dan saling lengkap melengkapi pembelajaran bilik darjah bagi menyubur nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah ini khususnya pelajar Tahap 2.

Kelab ICT ini ialah gerak kerja kokurikulum yang penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar di sekolah ini. Menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat pelajar dapat diseimbangkan dengan mental mereka.

Kelab ini dapat membantu pelajar memperdalam pengetahuan tentang teknologi maklumat untuk memberi peluang kepada murid melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Selain itu, Kelab ini dapat menjadikan sekolah setaraf dengan sekolah bestari, sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan pelajar.

0 comments: