1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Menyediakan kemudahan mendapatkan pengetahuan dan maklumat dengan segera melalui komputer (internet).
3. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
4. Kelab ICT sebagai tempat kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
5. Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang menentingkan keilmuan, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar di sekolah dan di kalangan masyarakat.
6. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan nilai positif selaras dengan Falsafah Pendidikan dan Rukunegara.
7. Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang para pelajar perolehi di dalam kelas.
8. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran para pelajar dalam bidang-bidang komputer.
9. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid di sekolah.
10. Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar di bidang komputer.
11. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah bestari dengan sekolah-sekolah biasa.
12. Kemudahan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan penyebaran segala maklumat komputer melalui komputer untuk keperluan pendidik dan para pelajar.
13. Kelab ICT sebagai tempat untuk berlatih dan mendorongkan pendidik dan pelajar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk menggunakan pendekatan komputer.
14. Menggalakkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran oleh murid dan guru.
15. Menghasilkan media dalam pengajaran dan pembelajaran melalui komputer agar pelajar lebih berminat untuk belajar.
16. Mengadakan program penggunaan komputer untuk para pelajar dan pendidik.
17. Memberika khidmat penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran berkomputer dan pengembangan untuk warga sekolah.
18. Membantu para pendidik dan pelajar mempelbagaikan kaedah pengajaran selaras dengan pendekatan melalui komputer.
5/28/2010
MATLAMAT KELAB ICT
Posted by KELAB ICT SK BUKIT BANGKONG at 17:51 0 comments
OBJEKTIF KELAB ICT
1. Mengumpul maklumat, menyimpan dan mengedar maklumat melalui komputer.
2. Membina bahan-bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan taraf pengajaran, pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik melalui komputer.
4. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Menggalakkan tabiat belajar sendiri dan tabiat ingin tahu di kalangan pelajar melalui penggunaan komputer dan internet.
6. Melatih pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja serta menggunakan alat-alat komputer.
7. Melatih para pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
8. Menanam sifat sabar pelajar supaya tidak putus asa apabila menghadapi dugaan dan cabaran seperti kesilapan atau kegagalan menghasilkan program komputer.
9. Menggalakkan guru-guru dan pelajar gemar membuat rujukan bahan bacaan atau berbincang sesama mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains komputer dan teknologi alat-alat atau pemprosesan yang boleh meningkatkan keilmuan pelajar dalam bidang komputer.
10. Mendedahkan guru-guru dan pelajar tentang kemahiran menggunakan alat-alat tertentu dalam komputer.
11. Mendedahkan guru-guru dan pelajari ilmu penyelenggaraan komputer agar mereka dapat dibaikpulih sendiri tanpa menghabiskan masa dan wang untuk di hantar ke kedai komputer.
Posted by KELAB ICT SK BUKIT BANGKONG at 17:18 0 comments
PENGENALAN
Penubuhan Kelab ICT Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong bertujuan untuk menambahkan kegiatan di dalam bidang pendidikan yang dijalankan di sekolah. Kelab ini bertujuan untuk memberi pengukuhan dan pengayaan pembelajaran dan saling lengkap melengkapi pembelajaran bilik darjah bagi menyubur nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah ini khususnya pelajar Tahap 2.
Kelab ICT ini ialah gerak kerja kokurikulum yang penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar di sekolah ini. Menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat pelajar dapat diseimbangkan dengan mental mereka.
Kelab ini dapat membantu pelajar memperdalam pengetahuan tentang teknologi maklumat untuk memberi peluang kepada murid melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi.
Selain itu, Kelab ini dapat menjadikan sekolah setaraf dengan sekolah bestari, sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan pelajar.
Posted by KELAB ICT SK BUKIT BANGKONG at 17:06 0 comments
Labels: PENGETAHUAN